Aaron Kwok
Aaron Kwok

Aaron Kwok

Aaron Kwok Fu-Shing (Bahasa Cina: 郭富城; pinyin: Guō Fùchéng; Bahasa Kantonis: Gwok3 Fu3 Sing4; lahir 26 Oktober 1965) ialah seorang penyanyi dan pelakon popular Hong Kong.Setelah menamatkan pengajian peringkat sekolah menengah, Aaron Kwok bekerja sebagai staf baru di King Fook Gold & Jewellery Co. Ltd., sebuah kedai emas milik keluarga kerana bapanya mahu dia memperoleh pengalaman berniaga. Walau bagaimanapun, pada tahun 1984, Aaron Kwok menyertai kursus latihan menari di HK-TVB, di mana bakatnya dalam bidang tarian menarik perhatian.